Saturday, February 20, 2010

otak di kaki


Guan Eng diminta henti permainkan tokoh Islam

BUTTERWORTH: Seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang memberi amaran kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, supaya menghentikan penggunaan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar serta kenyataannya mahu mencontohi peribadi Saidina Umar Abdul Aziz.

Amaran itu diberikan Pengerusi Badan Anti IFC (Badai), Mohd Hafiz Nordin, yang juga Ketua Penerangan Pas cawangan Bagan Ajam.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu juga berkata, amaran diberikan berikutan tindak tanduk Guan Eng yang mempermain-mainkan orang Islam di negeri ini dalam pelbagai isu, termasuk perarakan Maulidur Rasul.

Katanya, sikap Guan Eng dalam menangani pelbagai isu di negeri ini jelas berbeza dengan apa yang dilaung-laungkannya.

"Tokoh Islam seperti Saidina Umar Abdul Aziz tidak pernah memutarbelit fakta seperti Guan Eng dalam isu perarakan Maulidur Rasul. Dalam surat pekeliling cakap tiada, tetapi tiba-tiba cakap pula dengan memberi pelbagai alasan.

"Beliau hanya mempermainkan syiar Islam dan tokoh Islam. Bagi saya, beliau tidak sama sikapnya dengan Saidina Umar Abdul Aziz. Kalau benar-benar hendak gunakan slogan Amar Makruf Nahi Mungkar, maksiat tidak akan semakin berleluasa seperti kita lihat pada sambutan Valentine’s Day serta Tahun Baru Cina, baru-baru ini," katanya di sini, semalam. (BH)

hahaha..mai celah mane pulak bad boy ni??...hahaha

ehem..kes paling ramai kene tangkap wat maksiat tu kat KL abang woi...hahaha

hahaha..sebab kat negeri krajaan ni lah paling banyak kedai arak,pub,disko,dll..haha

wo!!..ape salah nak mencontohi sikap para khalifah dulu?...apeda

woit...kire bagos la mencontohi Islam.bukan macam korang.tak nak mengamalkan undang2 Islam...mngate je lebih

hahaha..korang tu baek sangat ke mencontohi pak tido n pak tuya??...hahaha

hahaha..ni mesti nak masuk paper kan??..hahaha

p/s:
ramai amek peluang kutuk PR sebab nak masok paper
menjadi jugak la tektik ni.hehe
spatunye kite sokong non muslim nak mencontohi pemimpin Islam
inila Islam Hadhari

No comments:

Post a Comment