Tuesday, February 16, 2010
kentot wangi
Najib dijamu ubi kayu rebus di Kuala Chenang
LANGKAWI 16 Feb. - Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini.
Namun semalam, ia menjadi cukup istimewa apabila dinikmati bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri yang bercuti di Langkawi sejak dua hari lalu mengakhiri kunjungannya ke pulau legenda itu dengan meluangkan masa selama sejam di perkampungan nelayan tersebut untuk beramah mesra dengan masyarakat di situ.
Sambil duduk menjamah juadah di meja kayu, Najib sempat menyelami masalah yang dihadapi oleh nelayan di kawasan berkenaan.
Beliau kemudiannya mengumumkan peruntukan RM7 juta untuk pembinaan sebuah pangkalan nelayan baru Kuala Chenang bagi kemudahan para nelayan di situ.
Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri melahirkan rasa tersentuh kerana dapat berjumpa dengan masyarakat nelayan di situ secara dekat, tanpa sambutan rasmi hatta permaidani merah.
"Saya datang ke sini bukan atas lawatan rasmi, malah saya anggap ini adalah tinjauan mesra bersama masyarakat nelayan dan berasa lebih dekat kerana tidak ada protokol dan sambutan besar-besaran," katanya di sini hari ini.
Ketika di pangkalan tersebut, Perdana Menteri turut dihidangkan dengan produk popular Pulau Langkawi iaitu dadih susu kerbau.(utsan)
hahahah..ini dh tahap klakar nak mampos ni...hahaha
woi..berita macam ni pon taruk dalam paperka?..hahaha
hahaha..dah takde cite lain ke nak bodek pak jib...hahaha
pelik..nape bile kelantan jual aset negeri trus paper kutuk tapi bile krajaan nak amek tanah rakyat siap puji lagi...paper boneka
hahaha..tuan guru tiap2 malam pi mengajar agama kat masjid tak penah2 pulak masok paper..hahaha
woi...nanti kalo pak jib puji kentot sepul pon tulis tau..hahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment