Friday, February 19, 2010
kasih kambing
Kalakau Untol keluar BN sertai pembangkang
TAMPARULI: Bekas Timbalan Menteri Buruh yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Tuaran mewakili Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Kalakau Untol, mengumumkan keluar daripada BN bagi menyertai pembangkang.
Serentak itu, Kalakau, 55, turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah (Sedco).
Walaupun tidak menyatakan secara khusus parti mana dalam pakatan pembangkang akan disertai, difahamkan beliau bakal menye-rahkan borang keahlian menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Selepas ini, saya mahu terbabit dalam menyokong parti yang bernaung di bawah pakatan pembangkang, seterusnya membantu memberi penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar parti itu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya yakin kerjasama pemimpin parti politik dalam pakatan pembangkang bakal mewujudkan aliran dan sistem dwi-parti sebagai pesaing BN,” katanya pada sidang media di Kelab Tamparuli Sabah (KTS) di sini, semalam. (BH)
hahaha...ini baru betul...hahaha
hahaha...orang yang pangkat tinggi2,projek besar2 pon masok pakatan...hahaha
woi..jangan bagi yang masok krajaan tu projek kalo nak tengok berjuang untuk rakyat ke tak...hahahha
hahaha...berjuang untuk memiskinkan rakyat ade la...hahaha
woit!!...mintak semua menteri n orang2 vvvvvip ni umum harta..hahaha
hahaha...nanti tengoklah brape banyak tak munabah srawak...hahahah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment